KDB Talk SJK St. Andrew

12 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari rabu bersamaan 11 Oktober 2018, Pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan KDB Talk di SJK St. Andrew di Pending. KDB Talk tersebut berlangsung dari pukul 0800 pagi sehingga pukul 1000 pagi. Seramai 60 peserta yang terdiri daripada murid-murid darjah enam yang telah menduduki UJian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menghadiri KDB Talk tersebut. Dengan kerjasama dari pihak MCMC dan pihak sekolah, taklimat tersebut telah berjalan dengan lancer dan Berjaya.

Menerusi taklimat KDB tersebut, murid-murid didedahkan dengan advokasi, Pusat Internet, Online grooming, Check your label, mobile E-waste, maklumat palsu, sexting, dan banyak lagi, Taklimat tersebut bagi berkongsi dan sebagai panduan untuk murid-murid darjah 6 SJK St. Andrew agar menjadi garis panduan untuk kegunaan mereka apabila mereka online. Selain berkongsi info yang bermanfaat, murid-murid juga diberikan soalan quiz dan untuk mereka yang menjawab dengan betul, mereka akan diberikan hadiah saguhati sumbangan daripada pihak MCMC. Acara taklimat disudahi dengan pemberian cenderahati kepada guru besar sekolah.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali